Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
70 of 100
Seimbangkan hidangan anda
MyMenu IQ™
70 of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Back
Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.
Protein
33.1g / 30%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

(2)
212Min
Mencabar
Siapa yang tak suka nasi ayam sebagai hidangan makanan tengah hari? Sepinggan sahaja memang cukup untuk satu hidangan yang memuaskan. Juadah popular ini dapat memberikan anda nasi beraroma yang dimasak dengan stok pati ayam, dihidang pula dengan beberapa potongan ayam bersama kuah kicap dan sambal cili yang sedap sehingga menjilat jari. Tetapi nasi ayam hainan pula agak istimewa sedikit, kerana nasi disajikan bersama ayam kampung yang dikukus hingga empuk untuk sajian yang enak dan bernutrisi buat semua. Resipi nasi ayam hainan ini memang lain sedikit dengan nasi ayam biasa. Hidangan ayam dalam nasi ayam biasa selalunya dipanggang. Ayam yang disajikan dalam nasi ayam hainan pula dikukus sehingga masak dengan rempah ratus yang cukup. Dalam resipi nasi ayam hainan ini, anda hanya perlu guna Kiub Pati Ayam MAGGI® sebagai bahan perapan yang mudah untuk hidangan ayam dengan rasa yang sempurna. Untuk nasi yang lebih memukau, beras akan ditumis bersama-sama bawang putih dan bawang merah sebelum dimasak di dalam periuk. Air rebusan ayam juga digunakan bersama-sama Pati Ayam MAGGI® untuk memasak nasi agar hidangan anda beraroma dengan kelazatan yang memikat hati. Apa tunggu lagi? Hidang makanan tengah hari yang istimewa dengan resipi nasi ayam Hainan kami ini sekarang.

Bahan-bahan

-
10 hidangan
+

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini

1 
Ayam kampung
1 
Kiub Pati Ayam MAGGI®
1 
Timun
3  cawan
2  sudu besar
Minyak Kacang
4  ulas
Bawang Putih
4 
Bawang Merah
3.5  cawan
Air
0.5  cawan
Air rebusan ayam
2  sudu besar
Stok Ayam Pekat MAGGI®
4 
Daun Pandan
5  cm
Halia
2  sudu besar
Kicap Cair
2  sudu besar
Air rebusan ayam
3  sudu kecil
Minyak Bijan
3  sudu kecil
Minyak Bawang Putih
4 
Cili Merah
2 
Cili Padi
5  cm
Halia
0.5  cawan
Air rebusan ayam
1  sudu kecil
Gula
1  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
3  sudu besar
Jus Limau, Mentah
10  g
Daun Ketumbar
10  g
Daun Bawang

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
Bahan kini terdapat di papan keratan anda
.

Nilai pemakanan

Tenaga
447.88 kcal
Protein
33.13 g
Karbohidrat
28.54 g
Lemak
22.36 g
Maklumat setiap hidangan
Jom Masak

Langkah Penyediaan

212 Minit
Untuk Ayam
5 Min
Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir.
Langkah 2
120 Min
Kemudian, sapu rata Kiub Pati Ayam MAGGI® yang telah dihancurkan pada rongga-rongga dan kulit ayam dan perap selama 1-2 jam.
Langkah 3
30 Min
Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk kukus atau kuali dan kukus selama 30 minit dengan api yang tinggi atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Anda boleh menggunakan kayu penyepit untuk menyucuk isi ayam untuk memastikan ayam telah masak.
Langkah 4
5 Min
Alihkan ayam daripada periuk kukus/kuali dan asingkan air rebusan tadi untuk preparasi nasi, sos kicap dan sos cili.
Langkah 5
1 Min
Biarkan ayam seketika sebelum memotong mengikut saiz hidangan yang diingini.
Untuk Nasi
5 Min
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
Langkah 7
2 Min
Masukkan beras ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Kemudian, alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
Langkah 8
2 Min
Masukkan air rebusan ayam, Pati Ayam Asli MAGGI® , daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam periuk nasi yang berisi beras.
Langkah 9
20 Min
Kacau rata dan biarkan ia masak. Tambahkan sedikit air atau air rebusan ayam jika anda mahukan tekstur nasi yang lebih lembut.
Untuk Sos Cili
5 Min
Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diingini.
Langkah 11
10 Min
Letakkan kuali di atas api yang rendah dan tuangkan campuran yang dikisar ke dalamnya. Seterusnya, tambal jus limau, gula dan MAGGI® CukupRasa™hingga secukup rasa.
Langkah 12
1 Min
Akhir sekali, tutup api dan biar sos menyejuk.
Untuk Sos Kicap
2 Min
Gaulkan kicap cair, air rebusan ayam, minyak bijan dan minyak bawang putih di dalam mangkuk.
Cadangan Hidangan
1 Min
Susun atur hirisan timun di atas pinggan bujur.
Langkah 15
1 Min
Kemudian, letakkan ayam yang telah dipotong ke atas hirisan timun dan tuang sos kicap ke atasnya.
Langkah 16
1 Min
Hias ayam dengan daun ketumbar dan daun bawang yang dipotong.
Langkah 17
1 Min
Akhir sekali, hidang semangkuk nasi ayam panas bersama sos cili dan nikmati kelazatan nasi ayam masakan anda sendiri.
Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Untuk Ayam daripada 17

: Ayam kampung

Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 2 daripada 17

: Kiub Pati Ayam MAGGI®, Ayam kampung

Kemudian, sapu rata Kiub Pati Ayam MAGGI® yang telah dihancurkan pada rongga-rongga dan kulit ayam dan perap selama 1-2 jam.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 3 daripada 17

Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk kukus atau kuali dan kukus selama 30 minit dengan api yang tinggi atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Anda boleh menggunakan kayu penyepit untuk menyucuk isi ayam untuk memastikan ayam telah masak.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 4 daripada 17

Alihkan ayam daripada periuk kukus/kuali dan asingkan air rebusan tadi untuk preparasi nasi, sos kicap dan sos cili.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 5 daripada 17

Biarkan ayam seketika sebelum memotong mengikut saiz hidangan yang diingini.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Untuk Nasi daripada 17

: Bawang Merah, Bawang Putih, Minyak Kacang

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 7 daripada 17

: Beras

Masukkan beras ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Kemudian, alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 8 daripada 17

: Halia, Daun Pandan, Stok Ayam Pekat MAGGI®, Air rebusan ayam, Air

Masukkan air rebusan ayam, Pati Ayam Asli MAGGI® , daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam periuk nasi yang berisi beras.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 9 daripada 17

Kacau rata dan biarkan ia masak. Tambahkan sedikit air atau air rebusan ayam jika anda mahukan tekstur nasi yang lebih lembut.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Untuk Sos Cili daripada 17

: Cili Merah, Cili Padi, Air rebusan ayam, Halia

Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diingini.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 11 daripada 17

: Gula, Jus Limau, Mentah, MAGGI® CukupRasa™

Letakkan kuali di atas api yang rendah dan tuangkan campuran yang dikisar ke dalamnya. Seterusnya, tambal jus limau, gula dan MAGGI® CukupRasa™hingga secukup rasa.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 12 daripada 17

Akhir sekali, tutup api dan biar sos menyejuk.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Untuk Sos Kicap daripada 17

: Kicap Cair, Air rebusan ayam, Minyak Bijan, Minyak Bawang Putih

Gaulkan kicap cair, air rebusan ayam, minyak bijan dan minyak bawang putih di dalam mangkuk.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Cadangan Hidangan daripada 17

: Timun

Susun atur hirisan timun di atas pinggan bujur.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 15 daripada 17

: Ayam kampung, Kicap Cair, Minyak Bijan, Minyak Bawang Putih, Air rebusan ayam

Kemudian, letakkan ayam yang telah dipotong ke atas hirisan timun dan tuang sos kicap ke atasnya.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 16 daripada 17

: Daun Ketumbar, Daun Bawang

Hias ayam dengan daun ketumbar dan daun bawang yang dipotong.

Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

Langkah 17 daripada 17

: Beras

Akhir sekali, hidang semangkuk nasi ayam panas bersama sos cili dan nikmati kelazatan nasi ayam masakan anda sendiri.

Resipi dalam PDF
Muat turun
Share with friends

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar
Asset 10

Komen 0

0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna