Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Popiah Sambal Sira

Popiah Sambal Sira

(0)
55Min
Sederhana
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Popia Sambal Sira bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia sudah menjadi kuih tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga hari ini. Bila bercakap pasal Popia Sambal Sira ni, mesti teringat kelazatan bila kita sedang menikmatinya pada waktu santai bersama keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi dengan Sambal Sira yang autentik, sudah tentu menjadi kesukaan semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Popia Sambal Sira memang cukup unik, dilengkapi dengan rasa manis dan pedas ditambah lagi dengan kerangupan kulitnya di luar. Memang cukup sesuai untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan, dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Jadi, tunggu apa lagi! Jom cuba buat Popia Sambal Sira yang lazat ni sendiri di rumah, dengan resipi mudah yang gerenti menjadi! Resipi istimewa Popia Sambal Sira ini disediakan oleh MAGGI® khusus untuk anda semua. Antara bahan segar yang diperlukan adalah bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah, sengkuang, lobak merah, tepung gandum dan kulit popia. Masukkan MAGGI® Sos Tiram dan MAGGI® CukupRasa™ untuk menambah lagi kelazatan. Setelah siap popianya, jangan lupa siranya pula! Bahan penyediaan sira yang paling penting semestinya MAGGI® Sambal Tumis! Istimewanya MAGGI® Sambal Tumis ni kerana ia mudah pecah minyak bila kita masak, sambal memang gerenti menjadi. Diperbuat daripada bahan segar berkualiti tinggi seperti bawang dan cili menjadikan rasa sambal autentik sama macam anda buat sendiri. Memudahkan kerja di dapur untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan sambal yang digemari seperti Popia Sambal Sira. Betul-betul ringkas dan mudah sajakan resipi Popia Sambal Sira ni? Jangan tunggu atau fikir panjang lagi, pergi mana-mana pasar raya yang berdekatan dengan rumah anda dapatkan bahan-bahan segar untuk buat Popia Sambal Sira ini. Pastikan MAGGI® Sambal Tumis, MAGGI® CukupRasa™ dan MAGGI® Sos Tiram ada dalam bakul atau troli anda bila anda pergi membeli barangan nanti. Jom cuba hari ini, nikmati dan kongsikan bersama keluarga yang tersayang!

Bahan-bahan

10

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
1  sudu besar
Minyak Masak
1 
Bawang Merah
2  ulas
Bawang Putih
3  sudu besar
Udang Kering
1  tangkai
Cili Merah
0.5 
Sengkuang
1 
Lobak Merah
1  cawan
Air
1  sudu kecil
Gula
1  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
2  sudu kecil
Sos Tiram MAGGI®
20  keping
Kulit Popiah
2  sudu besar
Tepung Gandum
2  cawan
Minyak Masak
1  sudu besar
Minyak Masak
2 
Bawang Merah
3  ulas
Bawang Putih
4  paket
MAGGI® Sambal Tumis
6  sudu besar
Gula
1  sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1  cawan
Air
1  sudu besar
Tepung Jagung
2  sudu kecil
Bijan
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
192.62 kcal
Protein
4.75 g
Karbohidrat
28.1 g
Lemak
7.05 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

55 Minit
  • Langkah 1

    3 Min
    Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk sehingga garing
  • Langkah 2

    15 Min
    Masukan hirisan cili merah, sengkuang, lobak merah, air, gula, MAGGI® CukupRasa, dan MAGGI® Sos Tiram. Gaul sebati dan reneh sehingga sayur lembut dan air mengering. Sejukkan.
  • Langkah 3

    15 Min
    Masukkan sedikit inti keatas kulit popiah. Gulung kemas dan gamkan menggunakan bancuhan tepung. Ulang untuk semua.
  • Langkah 4

    8 Min
    Panaskan minyak masak, gorengkan popiah sehingga garing.
  • Langkah 5

    3 Min
    Untuk membuat sira, panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Langkah 6

    2 Min
    Masukkan MAGGI® Sambal Tumis. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Langkah 7

    4 Min
    Masukkan gula dan MAGGI® Sos Tiram dan air. Renehkan.
  • Langkah 8

    2 Min
    Pekatkan sira dengan bancuhan tepung jagung.
  • Langkah 9

    3 Min
    Salutkan popiah yang telah digoreng dengan sira dan taburkan bijan yang disangai. Sedia untuk dihidang.
Popiah Sambal Sira

Langkah 1 daripada 9

Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk sehingga garing

Popiah Sambal Sira

Langkah 2 daripada 9

Masukan hirisan cili merah, sengkuang, lobak merah, air, gula, MAGGI® CukupRasa, dan MAGGI® Sos Tiram. Gaul sebati dan reneh sehingga sayur lembut dan air mengering. Sejukkan.

Popiah Sambal Sira

Langkah 3 daripada 9

Masukkan sedikit inti keatas kulit popiah. Gulung kemas dan gamkan menggunakan bancuhan tepung. Ulang untuk semua.

Popiah Sambal Sira

Langkah 4 daripada 9

Panaskan minyak masak, gorengkan popiah sehingga garing.

Popiah Sambal Sira

Langkah 5 daripada 9

Untuk membuat sira, panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

Popiah Sambal Sira

Langkah 6 daripada 9

Masukkan MAGGI® Sambal Tumis. Tumis sehingga pecah minyak.

Popiah Sambal Sira

Langkah 7 daripada 9

Masukkan gula dan MAGGI® Sos Tiram dan air. Renehkan.

Popiah Sambal Sira

Langkah 8 daripada 9

Pekatkan sira dengan bancuhan tepung jagung.

Popiah Sambal Sira

Langkah 9 daripada 9

Salutkan popiah yang telah digoreng dengan sira dan taburkan bijan yang disangai. Sedia untuk dihidang.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Bebas Babi
  • Bufet
  • Goreng
  • Hari Kebangsaan
  • Hidangan sampingan
  • Hujung minggu
  • Keluarga
  • Ketulenan
  • Pegangan tangan
  • Pembuka selera
  • Ramadan
  • Sambutan
  • Sarapan pagi
  • Sayuran
  • Snek
  • Tanpa kacang/kacang tanah
  • Tanpa kekacang

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Paprik Ayam

    Paprik Ayam

    46 Min Mudah
  • MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    9 Min Mudah
  • Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    50 Min Sederhana
  • Tumisan Cendawan Beraneka

    Tumisan Cendawan Beraneka

    11 Min Mudah

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN