Paella Makanan Laut
61Min
Sederhana
Hidangan mewah Paella yang pasti tidak dapat dilupakan!
200 g
Udang
200 g
Sotong
100 g
Lala
2 sudu besar
Minyak Zaitun
3 ulas
Bawang Putih
1
Bawang Kecil
1 sudu kecil
Paprika
1 sudu kecil
Oregano
1.5 cawan
Beras Basmathi
500 ml
Air
0.5 cawan
Sos Tomato MAGGI®
2 sudu besar
Stok Ayam Pekat MAGGI®
1 cawan
Kacang
1
Lada Benggala Merah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
331.44 kcal
Karbohidrat
48 g
Protein
17.65 g
Lemak
7.3 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
61 Minit
Langkah 1
5 Min
Goreng udang dalam minyak zaitun untuk memberikan rasa udang dalam minyak. Ketepikan udang.
Langkah 2
3 Min
Seterusnya, tumis bawang putih, bawang dan lada merah sehingga wangi dalam minyak gorengan udang tadi.
Langkah 3
12 Min
Masukkan paprika, oregano dan sos tomato. Kacau sos tomato, kemudian masukkan beras dan kacau sebati bahan-bahan tersebut dalam kuali. Kacau selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap setiap rasa.
Langkah 4
25 Min
Cairkan stok ayam dengan air dan tuangkan ke dalam kuali. Letakkan tutup di atas dan masak selama 25 minit.
Langkah 5
15 Min
Masukkan serta kacau makanan laut dan kacang, letakkan tudung kembali dan biarkan ia masak selama 15 minit lagi sehingga nasi masak dengan gebu.
Langkah 6
1 Min
Nikmati panas-panas!
Komen 0