MyMenu IQ™
55
of 100
Sederhana
Hidangan anda seimbang
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Gorengan penuh bahan segar dengan aroma & rasa tom yam mengancam! Nak rasa kehebatan MAGGI® goreng Tomyam? Buat sahaja sendiri di rumah!
Kita sering menjamah tom yam dalam bentuk hidangan berkuah panas-panas di gerai makanan yang berhampiran. Keenakan tom yam dengan sensasi rasa savuri, pedas dan masam ini sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Walaupun tom yam berasal daripada Thailand, juadah ini sudahpun mendapat tempat di ramai hati penduduk tempatan, sehingga tom yam dihasilkan dalam macam-macam cara. Ada tom yam berkuah merah, berkuah putih, diisi dengan makanan laut, daging dan ayam, dan macam-macam lagi.
Tapi kalau nak cuba hidangan tom yam yang luar biasa, anda boleh cuba resipi ini. MAGGI® goreng tomyam ini sememangnya dapat memikat hati ramai peminat juadah selera Thai ini. MAGGI® goreng tomyam ini sebati dengan rempah ratus dan aroma tomyam, gabungan sensasi pedas, masam, dan masin yang diperkaya lagi dengan perencah mi segera MAGGI®. Ramuan segar seperti daun limau purut dan cili padi juga dimasukkan untuk rasa tom yam yang asli dengan kepedasan mengancam. Satu sajian resipi MAGGI® goreng tomyam ini juga bernutrisi dengan pelbagai tambahan sayur-sayuran seperti kobis dan lobak merah yang dapat memberikan anda sensasi rangup krup-krap semasa menjamu selera. Kalau anda memang gilakan tomyam, memang resipi ini wajib dicuba. Hidang sekarang untuk rasa sendiri keajaiban rasa tom yam dengan resipi MAGGI® goreng tomyam ini.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 2 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Masak mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam tanpa perencah selama 1 minit.
Dalam kuali, tumis sotong, udang, daun limau purut, cili padi, perencah MAGGI® Tomyam dan air hingga naik wangi dan gaul mesra.
Masukkan lobak merah, kobis cina dan kobis bunga. Kacau selama 1 minit.
Masuk mi MAGGI® TomYam yang telah dimasak dan kacau selama 1 minit.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 0