Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda
(0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana
(45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang
(70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.
Jika anda seorang peminat hidangan yang lazat dan berkrim, anda pasti akan menikmati hidangan ini! Jom menyelami dunia kari ayam berkrim, hidangan yang pasti memikat selera anda. Resepi ini akan membimbing anda membuat mi kari ayam berkrim yang sempurna menggunakan MAGGI® 2 Minit Kari.
Langkah pertama ialah menyediakan ayam. Gaulkan isi ayam yang dipotong dadu dengan setengah paket perencah MAGGI® 2 Minit Kari dan satu sudu beasr tepung jagung. Panaskan minyak masak dalam periuk atau periuk tanah jika ada dan gorengkan ayam yang telah disediakan sehingga garing. Ketepikan ayam dan gunakan lebihan minyak untuk tumis bawang merah yang telah dihirs sehingga garing. Kemudian, masukkan perencah MAGGI® 2 Minit Kari, satu setengah cawan air, dan setengah cawan susu sejat. Reneh adunan sehingga mendidih. Seterusnya, masukkan MAGGI® Mi, tomato yang dipotong berbaji, lobak merah yang dihiris nipis, dan dua cawan kobis Cina yang telah dipotong. Biarkan ia mendidih selama 2 minit. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan ta-da! Sedia untuk dinikmati.
Hidangan kegemaran ramai yang sempurna yang boleh dinikmati pada bila-bila masa kerana ia sangat mudah untuk disediakan tetapi sangat lazat. Suka resepi Kari Ayam Berkrim MAGGI® ini? Cuba resipi lazat lain seperti MAGGI® Goreng Ayam Basah, Mi MAGGI Tomyam Udang, dan Resepi Kerabu MAGGI Seafood Kelantan.
Bahan-bahan
3
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
Gaulkan isi ayam bersama ½ paket perencah MAGGI® 2 Minit Kari dan tepung jagung.
Langkah 2
4 Min
Panaskan minyak masak didalam periuk tanah (pilihan), gorengkan ayam sehingga garing. Ketepikan.
Langkah 3
2 Min
Dengan minyak lebihan, tumiskan hirisan bawang merah sehingga garing.
Langkah 4
2 Min
Masukkan perencah MAGGI® 2 Minit Kari, air dan susu cair. Renehkan sehingga mendidih.
Langkah 5
2 Min
Masukkan MAGGI® Mi, tomato, lobak merah dan kobis cina. Renehkan selama 2 minit. Tambahkan ayam yang telah digoreng, sedia untuk dihidang.
Langkah 1
daripada
5
Gaulkan isi ayam bersama ½ paket perencah MAGGI® 2 Minit Kari dan tepung jagung.
Langkah 2
daripada
5
Panaskan minyak masak didalam periuk tanah (pilihan), gorengkan ayam sehingga garing. Ketepikan.
Langkah 3
daripada
5
Dengan minyak lebihan, tumiskan hirisan bawang merah sehingga garing.
Langkah 4
daripada
5
Masukkan perencah MAGGI® 2 Minit Kari, air dan susu cair. Renehkan sehingga mendidih.
Langkah 5
daripada
5
Masukkan MAGGI® Mi, tomato, lobak merah dan kobis cina. Renehkan selama 2 minit. Tambahkan ayam yang telah digoreng, sedia untuk dihidang.
Resipi dalam PDF
Share with friends
Aktifkan video
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Komen 0