Kombo Makanan Laut ala Shellout
26Min
Mudah
Cara terbaik untuk meraikan makanan yang lazat ini adalah dengan tangan kosong anda!
0.33 cawan
Minyak Jagung
50 g
Cili Kering
200 g
Bawang Besar
20 g
Bawang Putih
20 g
Halia
0.33 cawan
Air
2 batang
Serai
2 tangkai
Daun Kari
4 sudu besar
Serbuk Kari Ikan
3 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
3 keping
Asam Keping
1
Lemon
2 sudu besar
Gula
100 ml
Air
3
Ketam
300 g
Udang
100 g
Kepah
150 g
Sotong
200 g
Brokoli
2
Jagung
200 g
Lobak Merah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
210.54 kcal
Karbohidrat
21.09 g
Protein
12.13 g
Lemak
9.78 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
26 Minit
Langkah 1
5 Min
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Langkah 2
3 Min
Masukkan serai, daun kari, serbuk kari yang telah dicampur air, Sos Tiram MAGGI®, sos ikan dan jus lemon.
Langkah 3
2 Min
Tuang air dan kacau.
Langkah 4
5 Min
Didihkan air dalam periuk besar, celur makanan laut dan sayur hingga empuk.
Langkah 5
5 Min
Ceduk 1 cawan air stok dan kaut keluar makanan laut dan sayur.
Langkah 6
5 Min
Tuang kuah ke dalam makanan laut dan sayur, gaul mesra.
Langkah 7
1 Min
Hidang dengan roti pita atau nasi jagung.
Komen 0