Gandakan Kekayaan Dengan Masak Tumis Gamat, Perut Ikan, Kerang Pasifik Dengan Bok Choy
58Min
Sederhana
Kombinasi Kekayaan Berganda
8 keping
Cendawan Shiitake kering
200 g
Gamat
LABEL UJIAN
50 g
Perut Ikan Segera (yang telah siap digoreng)
150 g
Kerang Pasifik (dalam tin)
300 g
Bok Choy
1 sudu besar
Minyak Masak
0.5 inci
Halia
500 ml
Air
2 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
2 sudu besar
Stok Ayam Pekat MAGGI®
0.5 sudu kecil
Kicap Pekat
1 sudu besar
Minyak Bijian
1 sudu kecil
Tepung Jagung
2 sudu besar
Air
.
Nilai pemakanan
Tenaga
121.74 kcal
Karbohidrat
6.8 g
Protein
14.27 g
Lemak
4.49 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
58 Minit
Langkah 1
10 Min
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia sehingga naik bau. Masukkan gamat, perut ikan, dan cendawan. Kacau rata selama 1 minit, masukkan campuran Sos Tiram MAGGI®, Stok Ayam Pekat MAGGI® dan kicap pekat. Kemudian, tuang air dan biarkan mendidih.
Langkah 2
45 Min
Renehkan di atas api kecil selama 30-35 minit sehingga gamat dan perut ikan lembut. Masukkan kerang Pasifik dan renehkan selama 4-5 minit. Tambah bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga rata. Tutupkan api.
Langkah 3
1 Min
Kemudian, celur bok choy di dalam air mendidih yang telah dituang beberapa titik minyak masak selama 10-15 saat, sehingga kelihatan layu. Toskan dan susun bok choy di atas pinggan dengan susunan bulatan.
Langkah 4
1 Min
Akhir sekali, sendukkan gamat, perut ikan, kerang Pasifik dan cendawan di tengah bulatan terbentuk.
Langkah 5
1 Min
Nikmati hidangan ketika masih panas.
Komen 0