Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Ayam Masak Merah

30 of 100
Seimbangkan hidangan anda
X
MyMenu IQ™
30 of 100
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda
Hidangan anda tidak seimbang

Seimbangkan hidangan anda

Hidangan sampingan
Tambah
Pembuka selera
Tambah
Lihat Kombinasi Resipi
Nikmati hidangan anda!
Back

Ingin tahu lebih mengenai MyMenu IQ™?

Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.

Apakah maksud pecahan kandungan tenaga?

Protein
15.1g / 28%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.

Tips nutrisi

  • Cara memasak yang lebih sihat
    Gunakan air-fryer untuk menggoreng ayam (untuk mengurangkan penggunaan minyak)
x
MyMenu IQ™

Ayam Masak Merah

+

Ayam Masak Merah

Kembali

Ayam Masak Merah

(0)
21Min
Mudah
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Ayam Masak Merah memang cukup sinonim dengan majlis kenduri kahwin. Ia menjadi menu pilihan mungkin kerana senang disediakan dan bahan-bahannya ringkas serta mudah didapati. Ayam Masak Merah juga digemari oleh segenap lapisan usia lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana rasanya yang manis-manis pedas. Hidangan Ayam Masak Merah biasanya dimakan dengan nasi minyak, nasi briyani mahupun nasi putih. Warna merah daripada sos cili dan sos tomato yang manis dan pedas dengan aroma rempah yang wangi mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Tapi, jika anda teringin sangat nak menjamah hidangan Ayam Masak Merah sekarang, tak perlu tunggu jemputan kenduri kahwin. Cuba saja resipi Ayam Masak Merah ini di rumah! Penyediaannya mudah saja sebenarnya. Tambahan pula, anda tak perlukan apa-apa bahan istimewa. Resipi Ayam Masak Merah ini menggunakan bahan-bahan asas yang sedia ada di dapur seperti ayam, bawang, sos tomato dan sos cili. Untuk membuat sos Ayam Masak Merah anda hanya perlukan MAGGI® Pes Sambal Tumis, Sos Tomato MAGGI® dan Sos Cili MAGGI®. Rasai nikmat kepedasan sempurna dengan Sos Cili MAGGI®! Pedas-pedas, enak dengan kesegaran cili melazatkan hidangan. Ia juga sesuai pencicah makanan seperti cucur bawang atau keropok lekor. Begitu juga dengan Sos Tomato MAGGI®–Sos yang lazat, kaya dengan rasa. Cuma tuangkan ke dalam masakan untuk menaikkan rasa! Rasai kemanisan tomato dan kebaikan lycopene yang berkhasiat. Untuk membangkitkan rasa perapan ayam sebelum digoreng pastikan anda tambah MAGGI® CukupRasa bersama serbuk kunyit. Tak perlu tambah garam hanya tabur MAGGI® CukupRasa dan ayam goreng jadi bertambah lazat! Memang lazatlah bila digabungkan MAGGI® CukupRasa dan MAGGI® Pes Sambal Tumis dalam masakan anda. Antara kelebihan MAGGI® Pes Sambal Tumis ini adalah ia diperbuat daripada bawang segar dan cili, serbaguna dan mudah pecah minyak. Sebut saja apa jenis masakan bersambal memang sesuai untuk menggunakannya. Satu pek ini ada macam-macam kelazatan pedas cili yang diperbuat dengan ramuan segar dan berkualiti agar rasanya kekal walaupun disimpan lama di dapur anda. Anda tak perlu bersusah-payah untuk mengisar cili dan sebagainya untuk menyediakan sambal yang lazat. Satu pes untuk pelbagai masakan! Senangkan? Jadi, pastikan anda menyimpan stok MAGGI® Pes Sambal Tumis di rumah, sebab bila anda teringin untuk makan hidangan bersambal anda boleh terus masak tanpa perlu keluar. Resipi lain yang anda boleh gunakan MAGGI® Pes Sambal Tumis sebagai bahan asas adalah resipi Sambal Tumis Udang, Sambal Tumis Ayam, Sambal Tumis Sardin dan yang paling mudah dan ringkas Telur Sambal Tumis. Dengan Maggi® CukupRasa™ dan juga MAGGI® Pes Sambal Tumis, makin senang untuk keluarga menikmati hidangan klasik ini di rumah anda sendiri. Cubalah resipi Ayam Masak Merah ini dan sajikan bersama nasi putih panas dan mungkin sirap ais. Barulah rasa macam betul-betul makan masakan kenduri.

Bahan-bahan

6

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
0.5 
Ayam
0.5  sudu kecil
Serbuk Kunyit
0.25  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1  cawan
Minyak Masak
2 
Bawang Merah
4  ulas
Bawang Putih
1  batang
Serai
2  paket
MAGGI® Sambal Tumis
1  sudu kecil
Sos Tomato MAGGI®
2  sudu besar
Sos Cili MAGGI®
3 
Tomato
0.5  sudu kecil
Gula
0.5  cawan
Air
0.5  cawan
Kacang Pea
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
213.49 kcal
Protein
15.09 g
Karbohidrat
8.35 g
Lemak
13.53 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

21 Minit
  • Langkah 1

    2 Min
    Didalam mangkuk, gaulkan ayam, kunyit dan MAGGI® CukupRasa.
  • Langkah 2

    10 Min
    Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
  • Langkah 3

    3 Min
    Tinggalkan 1 sudu besar minyak gorengan ayam. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga wangi.
  • Langkah 4

    3 Min
    Masukkan Sambal Tumis MAGGI®, Sos Tomato MAGGI®, Sos Cili MAGGI®, gula dan air. Biarkan reneh.
  • Langkah 5

    3 Min
    Masukkan ayam, tomato dan kacang pea dan gaulkan sebati bersama sos masak merah. Hidangkan panas.
Ayam Masak Merah

Langkah 1 daripada 5

Didalam mangkuk, gaulkan ayam, kunyit dan MAGGI® CukupRasa.

Ayam Masak Merah

Langkah 2 daripada 5

Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.

Ayam Masak Merah

Langkah 3 daripada 5

Tinggalkan 1 sudu besar minyak gorengan ayam. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga wangi.

Ayam Masak Merah

Langkah 4 daripada 5

Masukkan Sambal Tumis MAGGI®, Sos Tomato MAGGI®, Sos Cili MAGGI®, gula dan air. Biarkan reneh.

Ayam Masak Merah

Langkah 5 daripada 5

Masukkan ayam, tomato dan kacang pea dan gaulkan sebati bersama sos masak merah. Hidangkan panas.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Authencity
  • Braising
  • Bufet
  • Chicken
  • Egg-Free
  • Hari minggu
  • Hidangan utama
  • Hujung minggu
  • Keluarga
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Mudah
  • Nuts / Peanuts-Free
  • Other
  • Peti makan tengah hari dewasa
  • Peti makan tengah hari kanak-kanak
  • Ramadan
  • Sambutan
  • Treenut-Free

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Telur Dadar Terpantas

    Telur Dadar Terpantas

    8 Min Mudah
  • MAGGI Kari Udang 1-2-3

    MAGGI Kari Udang 1-2-3

    15 Min Mudah
  • Telur Gulung Wrap

    Telur Gulung Wrap

    10 Min Mudah
  • Mi MAGGI Goreng Kari Mamak

    Mi MAGGI Goreng Kari Mamak

    15 Min Mudah

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN