Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2026 kembali lagi untuk tahun ke-29. Buat julung kalinya, pertandingan ini dianjurkan melalui jalinan kerjasama strategik bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan bagi penganjuran tahun 2026. Sehubungan itu, format pertandingan telah diperkasakan dengan pengintegrasian elemen Literasi Kewangan selaras dengan Strategi Nasional Literasi Kewangan 2026–2030.







