Sebagai mana tradisinya MAGGI® akan meneruskan program pengagihan Bubur Lambuk MAGGI®, suatu juadah tradisi di bulan Ramadan yang berkhasiat, lazat dan popular di Malaysia. Pada tahun ini, MAGGI® akan memperluaskan lagi program pengagihan Bubur Lambuk, meliputi lebih 300 buah lokasi di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan usahasama Sime Darby Oils, Jasmine Food Corporation, BHPetrogas dan Kara Malaysia, MAGGI® akan menyediakan lebih 188,000 mangkuk Bubur Lambuk MAGGI® kepada orang ramai dan golongan yang memerlukan. Di samping itu, pasukan MAGGI® juga akan menyantuni para penghuni di Rumah Persatuan Kebajikan al-Fikrah, Kajang bagi menghulurkan sumbangan.
MAGGI® meneruskan tradisi menyediakan makanan yang sihat untuk berbuka puasa kepada rakyat Malaysia melalui program Bubur Lambuk MAGGI®, dengan lebih daripada 188,400 mangkuk akan diagihkan ke seluruh negara. Bagi memulakan inisiatif ini, lebih 70 orang warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang dan 20 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Nur Kasih Bestari diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa bersama Bubur Lambuk MAGGI®, yang disediakan oleh ahli pasukan kepimpinan MAGGI ® dan Nestlé Malaysia.
MAGGI® telah berganding bahu dengan Nestlé Cares di mana seramai 40 sukarelawan telah bersama-sama membersihkan rumah tersebut dan persekitarannya. Mereka juga berkesempatan menanam kebun sayur, yang menyediakan hasil tanaman segar untuk penghuni di sini. Bagi menceriakan lagi musim perayaan ini, rumah berkenaan turut menerima barangan seperti set peralatan tempat tidur dan tuala, karpet, sistem bunyi baharu serta produk makanan dan minuman daripada Nestlé.