Semestinya persiapan lazat mengiringi hari yang bermakna bersama keluarga semasa Tahun Baru Cina.
MAGGI® ingin berkongsi kegembiraan bersama rumah kebajikan warga emas sempena Tahun Baru Cina ini.
Setiap nombor siri peraduan, 10 sen akan disumbangkan ke Rumah Warga Emas untuk membantu menaik taraf kediaman tersebut supaya para penghuninya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Saya paling bersyukur berpeluang bertemu dengan ramai orang dari latar belakang yang berbeza. Rasa seronok berinteraksi dan berkenalan dengan mereka. Terutamanya pada musim perayaan, ramai sukarelawan datang melawat dan menceriakan kami. Berkongsi makanan adalah resipi kebahagiaan.
Perayaan Tahun Baru Cina kali ini pasti berbeza disebabkan pandemik COVID-19, tetapi kami di rumah ini tetap menyambutnya dengan makan bersama-sama. Walaupun lawatan tidak dibenarkan, kami tetap menerima hadiah bermakna dari ramai pihak membuktikan kami sentiasa dekat di hati mereka.
Pak Ali adalah orang yang dicari jika mereka perlukan bantuan untuk membaiki alatan rosak atau buat DIY.
Pak Ali digambarkan sebagai seorang yang aktif dan sentiasa menghiburkan orang lain.
Sudah berbulan-bulan lawatan tidak dibenarkan akibat pandemik dan para penghuni bukan sahaja rindukan wajah dan sentuhan ahli keluarga bahkan perayaan yang mereka nanti-nantikan. Sambutan Tahun Baru Cina sangat kami tunggu-tunggu sebab waktu itulah kami boleh sama-sama raikan serta makan makanan yang lazat.
Walaupun kami betul-betul rindu nak menyambut perayaan dengan sukarelawan dan pengunjung, kami tetap bersyukur dengan semua ucapan yang diterima dari orang luar yang tak pernah berhenti menyokong kami.
Aunty Chin Mooi Mooi telah disahkan menghidapi Kyphosis. Ini menyebabkan ototnya lemah dan mengalami masalah pergerakan.
Dia telah menetap di Rumah Orang Tua En Yuan selama 3 tahun dan terkenal dengan sikap lemah lembut dan penyayangnya.
Bila ditanya apa yang paling ditunggu-tunggu, dia memberitahu, “Berjumpa dengan orang muda dan tua yang datang melawat dengan makanan dan menghabiskan masa bersama kami. “ Saya tahu tahun ini berbeza, tetapi saya bersyukur dikelilingi oleh ramai orang yang prihatin terhadap saya. Kami suka makan bersama dan itu yang mengikat kami bersama.
Sambil masak-masak di musim perayaan ini, jom muat naik gambar dan nama masakan istimewa anda dengan Stok Ayam Pekat MAGGI® atau Sos Tiram MAGGI® dan tag @MAGGI.Malaysia dan tambah hashtag #MAGGIchickenstock #Sajiandikongsikebahagiaandirai untuk peluang menang set periuk istimewa.
Sertai sekarang!